Cari Kata Nama bagi Buah-buahan, Sayur-sayuran, Haiwan, Bentuk dan Warna.
Permainan Cari Kata Nama ini mempunyai 5 kategori seperti kategori buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan, bentuk dan warna. Ke semua kategori ini anak-anak anda pasti mengenal sebahagiannya kerana ia terdapat di dalam persekitaran mereka.
Sambil bermain, mereka dapat belajar mengenal dan mengeja perkataan kata nama buah-buahan dalam bahasa Melayu. Terdapat juga senarai buah-buahan tempatan dan juga buah-buahan import. Selain nama buah-buahan, mereka juga perlu mencari nama sayuran dan ulaman yang terdapat di dalam negara kita.
Bagi meluaskan lagi pengetahuan mereka, permainan ini juga memerlukan mereka mencari nama-nama haiwan atau binatang, nama bentuk-bentuk dan jenis poligon dan juga nama warna-warna asas dan warna sekunder yang pernah mereka belajar di sekolah.
Ingin uji tahap kekuatan mata dan minda anda dan anak anda?
Download percuma sekarang!
Sesuai untuk semua lapisan umur.